Saturday, February 5, 2011

Si baby sitter dan juga sifu

Bumbum si penjaga budak. Budak Bumbum yang dahulunya nakal kini nampak lebih matang. Mungkin usia yang semakin meningkat dewasa menyebabkan dia jadi macam gini, haha. Dia pandai melayan kerenah anak-anak kecil, macam anak dia pulak dia buat. Tak sangka pulak dia begitu ramah dengan anak-anak kecil. Kadang-kadang anak-anak kecil bermain, dia juga turut bermain. Mungkin dia berasa selesa dan menganggap dirinya sebagai 'team leader'


Tengoklah matanya..menjaga kanak-kanak kecil sampai taik mata bercucuran. Mungkin disebabkan kurangnya waktu tidur disebabkan tugasnya yang berat menjaga anak kecil. Kesian...tapi takda siapa suruh dia buat itu semua. Mungkin sifat kebapaan atau keibuan sudah timbul dalam diri Bumbum.




Bumbum sebagai tok guru. Bumbum jugak bertindak sebagi sifu kepada mereka ini. Segala 'skil' permainan, taktikal, formasi dan teknik berburu sudah Bumbum perturunkan kepada anak-anak ini. Anak-anak ini begitu menghormati Bumbum. Bumbum pula berasa begitu bangga...






Ketika ini mungkin Bumbum sedang menerangkan fungsi lubang-lubang kecil di ceruk-ceruk atau tepi dinding. Mungkin juga sedang menunjukkan tempat persembunyian yang sesuai jika terdapatnya sebarang ancaman. Sebagai 'sifu' dia berasa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak muridnya, lebih-lebih lagi betina..





Lihat Bumbum sekarang, bodynya semakin 'tough' bak kata orang putih...orang hitam tak tau la pulak macamana katanya..body yang tough selain dapat memikat gadis-gadis di rumah, fungsinya juga bagi menakut-nakutkan kucing jantan yang lain ( bee jer pun..). Walaupun begitu, keberkesanannya masih belom dapat dibuktikan..

Itu sajalah buat masa ini, sekian....



Friday, February 4, 2011

New Baby Kitties :D

Salam..aii..lame bebenor rasenye tak update blog ni, haha..agak sibuk sebenarnya. Anyway, post kali ni aku nak update sikit perkembangan kucing-kucing di rumah. Haa..bulan Disember tahun lepas (2010) Lulla dan Nia telah selamat melahirkan baby kitz yang kiut miut. Lulla 10 disember lepas dan Nia 26 disember. Alhamdulillah semuanya sihat wallafiat kecuali anak Nia yang pada asalnya ada 5 ekor at last tinggal 3 ekor.. Nak buat macamana..takda umur yang 2 ekor lagi tu, apa pun kami dah buat yang terbaik untuk selamatkan dorg. Lagipun ini 1st pregnancy Nia, dia agak blur sikit pada mulanya. Dan Alhamdulillah yang 3 ekor  yang tinggal sangat sihat dan debab. 1 jantan dan 2 betina, jantan bi color black/white, betina dua-dua calico. Syukur!! : D

Lulla pulak...memang ibu yang hebat. Melahirkan 6 ekor anak dan kesemuanya hidup dan sihat sampai sekarang, alhamdulillah..ada 5 ekor jantan dan sekor betina, 3 bi color red/white tabby, 2 red mackerel tabby, dan 1 red classic tabby. Walaupun anaknya ramai, Lulla tetap maintain cool jaga anak-anak dia. Tabik spring kat Lulla :) Kadang-kadang kesian jugak tengok Lulla, menyusukan anak yang ramai, tapi alhamdulillah semua dapat susu, takda pulak yang tercicir, sekarang dah nak masuk 2 bulan, dah semakin besar, susu cap gantung tetap anak-anaknya hisap, kadang kala nampak macam nak tercabut paip Lulla pun ada..haha..walaupun sampai macam tu sekali, xda pulak nampak Lulla dalam keadaan stress melayan anak-anak dia. Syabas Lulla!! Di bawah ni ada serba sedikit pix baby kitz yang di snap utk tatapan rakan-rakan :)



Tuesday, November 23, 2010

My little Lana and the gang...


                                         
This time nak story sikit mengenai latar belakang Lana (Annabelle Pandalana), bukan Pandalela Rinong yer..haha...asalnya owner lama dia letak nama Kiki, tapi saja suka-suka nak tukar. Lana ni datangnya daripada Johor, thanks kak lynn n untie asiah :)..dia sekor kitty yang sangat mesra dengan org sekeliling dan friendly dengan cats lain, takda masalah langsung nak introduce dia dengan member lain, lagipun yang lain macam menerima je kedatangannya, kecuali Lulla, mula-mula dia agak garang, maklum lah dia otai kat rumah, yang lain suma tunduk dgn dia..Lana ni sekor kucing yang aktif, but not hyper la, tapi pantang keluar je dari cage, terus dengan rakusnya lari ke ruang tamu untuk bermain, buat masa ni dia stay dalam cage lagi sebab dia paling kecik, takut kena buli lak nanti, cuma lepaskan bila ada orang di rumah jer. Dia jugak mempunyai suara yang kecil, macam suara anak patung berbunyi bila picit tu..;p
Sekarang ni kawan baik lana ialah Bumbum, bumbum selalu tunggu lana depan cage dia, tunggu lana dilepaskan untuk bermain,hehe..sekarang ni Bumbum tak rapat sangat dah dengan Nia, dah clash rasanya tu, maklum sajalah nia dah kawin dengan uncle bee, so wujud konflik sikit antara mereka,heheh...lagipun nia dah adult, kurang nak layan dah cinta-cinta monyet budak-budak nih. So, tinggal bumbum dengan lana je lah yang kitten lagi, dorang je lah yang meriuhkan rumah bersama-sama uncle bee yang perangai macam budak-budak jugak.haha..pasni tunggu baby kitty pulak ler kalau menjadi, harap-harap jadi la..amin..

Hmm..lana ni merupakan kucing DLH (domestic long hair), daddy nye persian flat face, mummy nyer DLH. Kuat makan budak ni, terutama wetfood, kegemarannya ayam rebus, satu dada ayam tu dia boleh habiskan, tp sminggu skali je la bagi, kalu hari-hari bagi mau kayap jadinye..;p..tu saje lah for today, next time sambung lagi bila berkesempatan. Ada video nak upload, sape yang singgah blog ni, feel free to watch, thank u :)