Tuesday, November 23, 2010

My little Lana and the gang...


                                         
This time nak story sikit mengenai latar belakang Lana (Annabelle Pandalana), bukan Pandalela Rinong yer..haha...asalnya owner lama dia letak nama Kiki, tapi saja suka-suka nak tukar. Lana ni datangnya daripada Johor, thanks kak lynn n untie asiah :)..dia sekor kitty yang sangat mesra dengan org sekeliling dan friendly dengan cats lain, takda masalah langsung nak introduce dia dengan member lain, lagipun yang lain macam menerima je kedatangannya, kecuali Lulla, mula-mula dia agak garang, maklum lah dia otai kat rumah, yang lain suma tunduk dgn dia..Lana ni sekor kucing yang aktif, but not hyper la, tapi pantang keluar je dari cage, terus dengan rakusnya lari ke ruang tamu untuk bermain, buat masa ni dia stay dalam cage lagi sebab dia paling kecik, takut kena buli lak nanti, cuma lepaskan bila ada orang di rumah jer. Dia jugak mempunyai suara yang kecil, macam suara anak patung berbunyi bila picit tu..;p
Sekarang ni kawan baik lana ialah Bumbum, bumbum selalu tunggu lana depan cage dia, tunggu lana dilepaskan untuk bermain,hehe..sekarang ni Bumbum tak rapat sangat dah dengan Nia, dah clash rasanya tu, maklum sajalah nia dah kawin dengan uncle bee, so wujud konflik sikit antara mereka,heheh...lagipun nia dah adult, kurang nak layan dah cinta-cinta monyet budak-budak nih. So, tinggal bumbum dengan lana je lah yang kitten lagi, dorang je lah yang meriuhkan rumah bersama-sama uncle bee yang perangai macam budak-budak jugak.haha..pasni tunggu baby kitty pulak ler kalau menjadi, harap-harap jadi la..amin..

Hmm..lana ni merupakan kucing DLH (domestic long hair), daddy nye persian flat face, mummy nyer DLH. Kuat makan budak ni, terutama wetfood, kegemarannya ayam rebus, satu dada ayam tu dia boleh habiskan, tp sminggu skali je la bagi, kalu hari-hari bagi mau kayap jadinye..;p..tu saje lah for today, next time sambung lagi bila berkesempatan. Ada video nak upload, sape yang singgah blog ni, feel free to watch, thank u :)

Friday, November 19, 2010

Bee my love, Lulla my sweetheart :p



Sejak dua menjak ni..aku selalu perhatikan bee..bukan ape, pelik pulak rasanya..dia berperangai seperti masa kanak-kanak dulu..bermain, bergurau, melompat sana sini, teringat masa dia kecik-kecik dulu, haha..mungkin dia senang hati atau gembira sebab bini-bini dia pregnant, kahkah..walaupun dia agak boyot, tapi nampak dia bersemangat, sungguh happy tengok si bee ni. Sebelum ni dia lah kilang taik mata, haha sebab kuat tido. Keja dia tido, makan, berak dan kencing jek, jarang nak dapat tengok dia bersenam, kalu bersenam pun sambil baring, hee.. sejak dia dh berbini dua ni, nampak dia makin bersemangat pulak, mungkin sbb motivasi dan insentif yang diberikan oleh bini-bini dia, haha!!




Bee dah berumur setahun lapan bulan, aku agak-agak jer sebab tak tau tarikh lahir dia, masa adopt dia kat petshop dulu pun owner tu cakap masa tu umur 3 bulan lebeh, begitu jugak dengan lulla, tak tau tarikh lahirnya tapi lulla tua 2 bulan dari bee. Meh nak cerita sikit masa bee kecik-kecik, haha..masa dia dan lulla masuk rumah ni dorang ni sangat takut, sampi jer rumah lulla lari belakang langsir, bee pulak tak nak keluar dari cage, maklum lah dorg di kurung dan lama tak bersosial, so agak nervous dan takut bila sampai tempat baru, tapi yang bagusnya bee dan lulla ni saling kenal mengenali, sbb dari petshop sama, dan cage dorang sebelah menyebelah, tapi bukan adik beradik, haha. So tak susah nak sesuaikan dorang, seminggu lepas tu dorang dah mula mesra dgn kitorang, rasa nervous dorang pn dah takda. Bee ni lebih kepada watak yang lembut, lulla pulak macam tomboi no male no cry, heheh..selalu jer buli bee, mentang-mentang masa tu body bee kecik dari dia, tapi lulla ni jenis caring, pada kucing-kucing yang rapat dengan dia, confirm dia tolong grooming2 kan, kadang-kadang siap tido sekali, macam dia dengan bee kecik-kecik dulu.
masa kanak-kanak


 Sekarang ni dah setahun lebih lulla dan bee stay dengan kitorg, sekejap je rasanya. Banyak kisah-kisah manis, kelakar dengan dorang ni. Walaupun dengan kedatangan nia, bumbum dan lana, servis yang kitorang bagi tetap sama, haha :p






Mari vaksin kucing masing-masing :)


Apakah vaksin?? vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing supaya mendapat memberi perlindungan daripada penyakit. Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian.
 Kelmarin petang, bergerak ke tevara vet-care di Salak Tinggi untuk vaksin Annabelle(lana). Budak ni perlu di vaksin untuk kali kedua untuk melengkapkan jadual vaksinnya. Bagi aku, vaksin ni tersangat-sangat penting, terutamanya bila beli kucing baru, mesti nak pastikan kucing tersebut sudah divaksin, kalu tak vaksin terpaksa reject, sbb tak berani tanggung risiko, terutamanya kitten, mereka ni perlu divaksin seawal umur 2 bulan tapi syaratnya kitten tu kena sihat la, if sakit tak boleh nak vaksin jugak kan..pada yang baru nak beli kucing tu pastikan kucing korang sudah divaksin oleh owner asal, bukan apa, byk risikonya.. kucing sangat vulnerable kepada keadaan sekeliling, terutama virus, bakteria, fungal dan kutu. Erm, satu lagi, jangan terus vaksinkan kucing jika kucing tu baru berpindah milik dan rumah, coz boleh jadi dia stress dan perlukan masa utk adapt dengan env. baru, if tergesa-gesa vaksinkan dia boleh menyebabkan masalah, that is why sangat penting owner asalnya vaksinkan terlebih dahulu. Pada pandangan saya la kan...haha..

Hm..vaksin ni ada banyak, tapi yang most primary 4 in 1 vaksin yang biasa digunakan apabila kita hantar kucing ke veterinar untuk di vaksin iaitu panleukopenia(cat distemper), calicivirus, rhinotracheitis dan chlamydia. Satu lagi vaksin yang aku mula aware ialah FeLV vaksin ataupun leukimia vaksin. Lana sudah pun divaksin dengan 4 in 1 vaksin dan felv vaksin, bulan depan akan divaksin sekali lagi dengan felv vaksin sebagai booster. So, ingin ditegahkan di sini, vaksin amat penting!! vaksin kucing-kucing anda megikut jadual :)

Friday, November 12, 2010

Stori mori kucing mandi

Owh...dah lama rupanya tak update blog ni. So alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal peha ye dak?? heheh..hm, post kali ni nak story sikit kisah suka dan duka apabila memandikan kucing..nak mandikan kucing ni macam nak mandikan baby jugak kan, kena berhati-hati apabila nak mandikan dorg, but one difference is kucing ni ada claw..huhu, so thats why kita kena berhati-hati, silap aribulan abes bocor tubuh badan kena cakar,haha..

Minggu lepas dah mandikan bumbum, minggu ni mandikan bee and lana pulak. Antara all my cats paling mudah nak mandikan x lain x bukan lulla and nia, cukup memahami dalam hal mandi-manda ni, and dorang pun x kerap mandi sbb lulla dgn nia ni pembersih dan bulu x panjang mana sangat pun, nak keringkan pun 30 minit max dah kering, lembut silky smooth..yang menjadi masalah yg dua ekor jantan miang dan sekor budak hitam..fuhhh..penat betol..

Semalam mandikan si bee...aduyaiii..nak patah pinggang nak tersembul tulang lutut, punyalah payah..bulunya yang tak tau ape pesyen dan bila bilas dengan air, bagai kalis air pulak, susah sangat nak sampai ke kulit..mandikan saja ambil masa 30 minit, nak keringkan dia..ooo makk aiii...minimum 1 jam stengah baru kering, tu pun guna hairdryer besar 1800 watt, bila nak mandi kalis air pulak, bila dh mandi and nak keringkan kalis hairdryer pulak, macam-macam la bee ni..last-last aku yang mandi peluh, hahah..

Si bumbum pulak lain storynya, bulunya memang lembut silky smooth, nak keringkan pun cepat, dalam 40 minit dah kering sume..but masalahnya bila nak mandikan..bila masuk je ke toilet dia akan meraung tanda protes tak nak mandi..tp..ada ku kesah, mandikan aje, asalkan dia bersih, x busuk masam..mandikan bumbum umpama bertarung dengan wolverine atau freddy kruger, dia akan panjat badan aku and cekik tengkuk sampi bocor, huhu..gua yang jd mangsa, padahal niat murni nak kasi bersih wangi, mandikan bumbum buat peluhku mengalir tanpa henti, sama jugak mcm bee..aku jugak yang mandi peluh..

Si lana budak hitam pulak..baik sket la berbanding bumbum, cuma masalahnya dia cukup sensitif kalu pegang ekor or buntut dia, bila mandikan dia nak cuci bahagian belakang dia mula la buat sore marah, macam dia nak bgtau 'dont touch my ass' pulak..tapi aku x endahkan pun, yg penting dia bersih, agaknya dia bg warning dah pastu nmpaknye x paham-paham malaun ni, last-last dia gigit tangan, nasib baik dia gigit je x cakar sbb kena cakar lagi sakit drp kena gigit, huhu...tapi takpa, mandikan lana tak sepenat mandikan bee, bulu lana sgt lebat and tebal, but lembut, so nak keringkan dia tak la amek masa terlalu lama, lebih kurang macam bumbum jugak..:)

Itulah dia stori mori mandi kucing, next time pulak sambung story yang lain pulak, in dis post di upload video lulla bee n frens, so pada yang singgah blog ni hope u all enjoi the videos :)