Saturday, February 5, 2011

Si baby sitter dan juga sifu

Bumbum si penjaga budak. Budak Bumbum yang dahulunya nakal kini nampak lebih matang. Mungkin usia yang semakin meningkat dewasa menyebabkan dia jadi macam gini, haha. Dia pandai melayan kerenah anak-anak kecil, macam anak dia pulak dia buat. Tak sangka pulak dia begitu ramah dengan anak-anak kecil. Kadang-kadang anak-anak kecil bermain, dia juga turut bermain. Mungkin dia berasa selesa dan menganggap dirinya sebagai 'team leader'


Tengoklah matanya..menjaga kanak-kanak kecil sampai taik mata bercucuran. Mungkin disebabkan kurangnya waktu tidur disebabkan tugasnya yang berat menjaga anak kecil. Kesian...tapi takda siapa suruh dia buat itu semua. Mungkin sifat kebapaan atau keibuan sudah timbul dalam diri Bumbum.




Bumbum sebagai tok guru. Bumbum jugak bertindak sebagi sifu kepada mereka ini. Segala 'skil' permainan, taktikal, formasi dan teknik berburu sudah Bumbum perturunkan kepada anak-anak ini. Anak-anak ini begitu menghormati Bumbum. Bumbum pula berasa begitu bangga...






Ketika ini mungkin Bumbum sedang menerangkan fungsi lubang-lubang kecil di ceruk-ceruk atau tepi dinding. Mungkin juga sedang menunjukkan tempat persembunyian yang sesuai jika terdapatnya sebarang ancaman. Sebagai 'sifu' dia berasa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak muridnya, lebih-lebih lagi betina..





Lihat Bumbum sekarang, bodynya semakin 'tough' bak kata orang putih...orang hitam tak tau la pulak macamana katanya..body yang tough selain dapat memikat gadis-gadis di rumah, fungsinya juga bagi menakut-nakutkan kucing jantan yang lain ( bee jer pun..). Walaupun begitu, keberkesanannya masih belom dapat dibuktikan..

Itu sajalah buat masa ini, sekian....



Friday, February 4, 2011

New Baby Kitties :D

Salam..aii..lame bebenor rasenye tak update blog ni, haha..agak sibuk sebenarnya. Anyway, post kali ni aku nak update sikit perkembangan kucing-kucing di rumah. Haa..bulan Disember tahun lepas (2010) Lulla dan Nia telah selamat melahirkan baby kitz yang kiut miut. Lulla 10 disember lepas dan Nia 26 disember. Alhamdulillah semuanya sihat wallafiat kecuali anak Nia yang pada asalnya ada 5 ekor at last tinggal 3 ekor.. Nak buat macamana..takda umur yang 2 ekor lagi tu, apa pun kami dah buat yang terbaik untuk selamatkan dorg. Lagipun ini 1st pregnancy Nia, dia agak blur sikit pada mulanya. Dan Alhamdulillah yang 3 ekor  yang tinggal sangat sihat dan debab. 1 jantan dan 2 betina, jantan bi color black/white, betina dua-dua calico. Syukur!! : D

Lulla pulak...memang ibu yang hebat. Melahirkan 6 ekor anak dan kesemuanya hidup dan sihat sampai sekarang, alhamdulillah..ada 5 ekor jantan dan sekor betina, 3 bi color red/white tabby, 2 red mackerel tabby, dan 1 red classic tabby. Walaupun anaknya ramai, Lulla tetap maintain cool jaga anak-anak dia. Tabik spring kat Lulla :) Kadang-kadang kesian jugak tengok Lulla, menyusukan anak yang ramai, tapi alhamdulillah semua dapat susu, takda pulak yang tercicir, sekarang dah nak masuk 2 bulan, dah semakin besar, susu cap gantung tetap anak-anaknya hisap, kadang kala nampak macam nak tercabut paip Lulla pun ada..haha..walaupun sampai macam tu sekali, xda pulak nampak Lulla dalam keadaan stress melayan anak-anak dia. Syabas Lulla!! Di bawah ni ada serba sedikit pix baby kitz yang di snap utk tatapan rakan-rakan :)