Tuesday, November 23, 2010

My little Lana and the gang...


                                         
This time nak story sikit mengenai latar belakang Lana (Annabelle Pandalana), bukan Pandalela Rinong yer..haha...asalnya owner lama dia letak nama Kiki, tapi saja suka-suka nak tukar. Lana ni datangnya daripada Johor, thanks kak lynn n untie asiah :)..dia sekor kitty yang sangat mesra dengan org sekeliling dan friendly dengan cats lain, takda masalah langsung nak introduce dia dengan member lain, lagipun yang lain macam menerima je kedatangannya, kecuali Lulla, mula-mula dia agak garang, maklum lah dia otai kat rumah, yang lain suma tunduk dgn dia..Lana ni sekor kucing yang aktif, but not hyper la, tapi pantang keluar je dari cage, terus dengan rakusnya lari ke ruang tamu untuk bermain, buat masa ni dia stay dalam cage lagi sebab dia paling kecik, takut kena buli lak nanti, cuma lepaskan bila ada orang di rumah jer. Dia jugak mempunyai suara yang kecil, macam suara anak patung berbunyi bila picit tu..;p
Sekarang ni kawan baik lana ialah Bumbum, bumbum selalu tunggu lana depan cage dia, tunggu lana dilepaskan untuk bermain,hehe..sekarang ni Bumbum tak rapat sangat dah dengan Nia, dah clash rasanya tu, maklum sajalah nia dah kawin dengan uncle bee, so wujud konflik sikit antara mereka,heheh...lagipun nia dah adult, kurang nak layan dah cinta-cinta monyet budak-budak nih. So, tinggal bumbum dengan lana je lah yang kitten lagi, dorang je lah yang meriuhkan rumah bersama-sama uncle bee yang perangai macam budak-budak jugak.haha..pasni tunggu baby kitty pulak ler kalau menjadi, harap-harap jadi la..amin..

Hmm..lana ni merupakan kucing DLH (domestic long hair), daddy nye persian flat face, mummy nyer DLH. Kuat makan budak ni, terutama wetfood, kegemarannya ayam rebus, satu dada ayam tu dia boleh habiskan, tp sminggu skali je la bagi, kalu hari-hari bagi mau kayap jadinye..;p..tu saje lah for today, next time sambung lagi bila berkesempatan. Ada video nak upload, sape yang singgah blog ni, feel free to watch, thank u :)

Friday, November 19, 2010

Bee my love, Lulla my sweetheart :p



Sejak dua menjak ni..aku selalu perhatikan bee..bukan ape, pelik pulak rasanya..dia berperangai seperti masa kanak-kanak dulu..bermain, bergurau, melompat sana sini, teringat masa dia kecik-kecik dulu, haha..mungkin dia senang hati atau gembira sebab bini-bini dia pregnant, kahkah..walaupun dia agak boyot, tapi nampak dia bersemangat, sungguh happy tengok si bee ni. Sebelum ni dia lah kilang taik mata, haha sebab kuat tido. Keja dia tido, makan, berak dan kencing jek, jarang nak dapat tengok dia bersenam, kalu bersenam pun sambil baring, hee.. sejak dia dh berbini dua ni, nampak dia makin bersemangat pulak, mungkin sbb motivasi dan insentif yang diberikan oleh bini-bini dia, haha!!




Bee dah berumur setahun lapan bulan, aku agak-agak jer sebab tak tau tarikh lahir dia, masa adopt dia kat petshop dulu pun owner tu cakap masa tu umur 3 bulan lebeh, begitu jugak dengan lulla, tak tau tarikh lahirnya tapi lulla tua 2 bulan dari bee. Meh nak cerita sikit masa bee kecik-kecik, haha..masa dia dan lulla masuk rumah ni dorang ni sangat takut, sampi jer rumah lulla lari belakang langsir, bee pulak tak nak keluar dari cage, maklum lah dorg di kurung dan lama tak bersosial, so agak nervous dan takut bila sampai tempat baru, tapi yang bagusnya bee dan lulla ni saling kenal mengenali, sbb dari petshop sama, dan cage dorang sebelah menyebelah, tapi bukan adik beradik, haha. So tak susah nak sesuaikan dorang, seminggu lepas tu dorang dah mula mesra dgn kitorang, rasa nervous dorang pn dah takda. Bee ni lebih kepada watak yang lembut, lulla pulak macam tomboi no male no cry, heheh..selalu jer buli bee, mentang-mentang masa tu body bee kecik dari dia, tapi lulla ni jenis caring, pada kucing-kucing yang rapat dengan dia, confirm dia tolong grooming2 kan, kadang-kadang siap tido sekali, macam dia dengan bee kecik-kecik dulu.
masa kanak-kanak


 Sekarang ni dah setahun lebih lulla dan bee stay dengan kitorg, sekejap je rasanya. Banyak kisah-kisah manis, kelakar dengan dorang ni. Walaupun dengan kedatangan nia, bumbum dan lana, servis yang kitorang bagi tetap sama, haha :p






Mari vaksin kucing masing-masing :)


Apakah vaksin?? vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing supaya mendapat memberi perlindungan daripada penyakit. Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian.
 Kelmarin petang, bergerak ke tevara vet-care di Salak Tinggi untuk vaksin Annabelle(lana). Budak ni perlu di vaksin untuk kali kedua untuk melengkapkan jadual vaksinnya. Bagi aku, vaksin ni tersangat-sangat penting, terutamanya bila beli kucing baru, mesti nak pastikan kucing tersebut sudah divaksin, kalu tak vaksin terpaksa reject, sbb tak berani tanggung risiko, terutamanya kitten, mereka ni perlu divaksin seawal umur 2 bulan tapi syaratnya kitten tu kena sihat la, if sakit tak boleh nak vaksin jugak kan..pada yang baru nak beli kucing tu pastikan kucing korang sudah divaksin oleh owner asal, bukan apa, byk risikonya.. kucing sangat vulnerable kepada keadaan sekeliling, terutama virus, bakteria, fungal dan kutu. Erm, satu lagi, jangan terus vaksinkan kucing jika kucing tu baru berpindah milik dan rumah, coz boleh jadi dia stress dan perlukan masa utk adapt dengan env. baru, if tergesa-gesa vaksinkan dia boleh menyebabkan masalah, that is why sangat penting owner asalnya vaksinkan terlebih dahulu. Pada pandangan saya la kan...haha..

Hm..vaksin ni ada banyak, tapi yang most primary 4 in 1 vaksin yang biasa digunakan apabila kita hantar kucing ke veterinar untuk di vaksin iaitu panleukopenia(cat distemper), calicivirus, rhinotracheitis dan chlamydia. Satu lagi vaksin yang aku mula aware ialah FeLV vaksin ataupun leukimia vaksin. Lana sudah pun divaksin dengan 4 in 1 vaksin dan felv vaksin, bulan depan akan divaksin sekali lagi dengan felv vaksin sebagai booster. So, ingin ditegahkan di sini, vaksin amat penting!! vaksin kucing-kucing anda megikut jadual :)

Friday, November 12, 2010

Stori mori kucing mandi

Owh...dah lama rupanya tak update blog ni. So alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal peha ye dak?? heheh..hm, post kali ni nak story sikit kisah suka dan duka apabila memandikan kucing..nak mandikan kucing ni macam nak mandikan baby jugak kan, kena berhati-hati apabila nak mandikan dorg, but one difference is kucing ni ada claw..huhu, so thats why kita kena berhati-hati, silap aribulan abes bocor tubuh badan kena cakar,haha..

Minggu lepas dah mandikan bumbum, minggu ni mandikan bee and lana pulak. Antara all my cats paling mudah nak mandikan x lain x bukan lulla and nia, cukup memahami dalam hal mandi-manda ni, and dorang pun x kerap mandi sbb lulla dgn nia ni pembersih dan bulu x panjang mana sangat pun, nak keringkan pun 30 minit max dah kering, lembut silky smooth..yang menjadi masalah yg dua ekor jantan miang dan sekor budak hitam..fuhhh..penat betol..

Semalam mandikan si bee...aduyaiii..nak patah pinggang nak tersembul tulang lutut, punyalah payah..bulunya yang tak tau ape pesyen dan bila bilas dengan air, bagai kalis air pulak, susah sangat nak sampai ke kulit..mandikan saja ambil masa 30 minit, nak keringkan dia..ooo makk aiii...minimum 1 jam stengah baru kering, tu pun guna hairdryer besar 1800 watt, bila nak mandi kalis air pulak, bila dh mandi and nak keringkan kalis hairdryer pulak, macam-macam la bee ni..last-last aku yang mandi peluh, hahah..

Si bumbum pulak lain storynya, bulunya memang lembut silky smooth, nak keringkan pun cepat, dalam 40 minit dah kering sume..but masalahnya bila nak mandikan..bila masuk je ke toilet dia akan meraung tanda protes tak nak mandi..tp..ada ku kesah, mandikan aje, asalkan dia bersih, x busuk masam..mandikan bumbum umpama bertarung dengan wolverine atau freddy kruger, dia akan panjat badan aku and cekik tengkuk sampi bocor, huhu..gua yang jd mangsa, padahal niat murni nak kasi bersih wangi, mandikan bumbum buat peluhku mengalir tanpa henti, sama jugak mcm bee..aku jugak yang mandi peluh..

Si lana budak hitam pulak..baik sket la berbanding bumbum, cuma masalahnya dia cukup sensitif kalu pegang ekor or buntut dia, bila mandikan dia nak cuci bahagian belakang dia mula la buat sore marah, macam dia nak bgtau 'dont touch my ass' pulak..tapi aku x endahkan pun, yg penting dia bersih, agaknya dia bg warning dah pastu nmpaknye x paham-paham malaun ni, last-last dia gigit tangan, nasib baik dia gigit je x cakar sbb kena cakar lagi sakit drp kena gigit, huhu...tapi takpa, mandikan lana tak sepenat mandikan bee, bulu lana sgt lebat and tebal, but lembut, so nak keringkan dia tak la amek masa terlalu lama, lebih kurang macam bumbum jugak..:)

Itulah dia stori mori mandi kucing, next time pulak sambung story yang lain pulak, in dis post di upload video lulla bee n frens, so pada yang singgah blog ni hope u all enjoi the videos :)

Wednesday, October 27, 2010

I dedicate this song to my beloved LullaBee n all kittens...

lagu ni terlalu istimewa and the most important it represent my heart and our love to my fur kitties...first time tgk title lagu ni dh capture something on my mind...all blogger enjoy...
Yesterday
I woke up
With your head on my arm
My hand was numb
Circulation gone
But I dared not move the pretty sleeping one

The sun had painted
Patterns on your face
As you breathed Sunday air
You rolled onto
My open arm
I became your pillow; you let me smooth your hair

I will sing you morning lullabies
You are beautiful and peaceful this way
I know you have to close your eyes on everyone
Let me help you, I'll sing you to sleep
With morning lullabies

Let me lie in the curve
Of your body tonight
And I will hear you tumble into sleep
I will watch you heal, watch you heal with me
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com

I will sing you morning lullabies
You are beautiful and peaceful this way
I know you have to close your eyes on everyone
Let me help you, to sing you sleep
With morning lullabies

I know you have to close
Your eyes on everyone
Let me help you I'll sing you to sleep
With morning lulla-bye, bye, baby
Close your eyes and I will sing you
Morning lullabies
And I will sing you
Morning lullabies

Monday, October 25, 2010

Cat Product - Vetri-DMG Supports Performance and Immune System Function

Available at veterinarian clinic such as St.Angel Animal Clinic Pusat Bandar Puchong and Urban Paw vet. clinic Puchong Puteri

• Supports immune system function and performance in dogs, cats and birds.

• DMG is an adaptogen that helps the body cope with various forms of stress caused by aging, poor oxygen availability, free radical damage and a weakened immune system.

• DMG supports performance by enhancing circulation, effi cient oxygen utilization, and muscle recovery. DMG supports stamina through its ability to lower lactic acid build-up.

• DMG helps to support and strengthen the immune response when challenged by foreign antigens and microorganisms. Clinical studies show that it supports lymphocyte (T and B cell) and antibody production.

• DMG supports the production of intracellular glutathione and SAMe.

• DMG supplies methyl groups for building and detoxifying many constituents in the body. It also acts as an antioxidant to protect the body from free radical damage.

• Recommended for:
  ¤ Immune System Support
  ¤ Liver Metabolism and Detoxifi cation (methylanon)
  ¤ Performance & Stamina (circulation, 02 utilization)
  ¤ Muscle Recovery (lactic acid)

• A hypo-allergenic chewable tablet or as an easy to administer liquid.

• Directions For Use:
   Liquid: Give suggested level twice per day for two weeks, then once per day. For best results, divide
   between AM and PM.

Cats and Dogs:
Up to 25 lbs: 0.5ml daily.
26 - 50 lbs: 1 ml daily.
51 - 90 lbs: 1.5 ml daily.
91 lbs and over: 2.0 ml daily.

Birds: One drop by mouth per 100 grams of body weight, daily.
Tablets: If giving more than one tablet daily, divide between AM and PM.

Cats and Dogs:
Up to 40 lbs: 1 tablet.
41 - 100 lbs: 2 tablets daily.
Over 100 lbs: 3 tablets daily.

• Vetri-DMG
0900380.090 (90 Chewable Tablets)
0900590.030 (28 ml Liquid)
0900590.120 (114 ml Liquid)

Saturday, October 23, 2010

Products That I Use For My Furries..

Makanan Kucing : Inilah produk makanan kucing yang kami gunakan sekarang, Royal Canin. So far ada 4 jenis RC yang kami gunakan, RC kitten Persian 32, RC Persian 30, RC Hair & Skin 33 dan RC Babycat 34.

Sebelum menggunakan RC ni, kami dh byk mencuba produk lain seperti IAMS, Sportsman Pride, Blackwood dan Nutriedge. But tiada yang dapat menandingi RC terutama dari segi kualiti dan selera kucing. All my cats sangat suka dengan RC, pernah sekali untuk berbalik kepada Nutriedge atau Blackwood disebabkan harga RC yang mendadak naik, but consider balik to stick wif RC coz my cats sangat suka dan berselera dan hasilnya sangat memuaskan, haha..mcm nak promote la pulak..but, yess..sangat berbaloi dan satisfaction guaranteed,hehe...:p

Pasir Kucing : Yang kat hujung sebelah kanan tu pasir kucing yang we all guna, brand Fussie Cat Apple Delight, murah je, for premium litter sand la, kat Galaxie Pets RM20 satu beg for 10L :)


Supplement : Yang sebelah kiri tu Vetri-DMG iaitu Dimetylglycine. Fungsi utama DMG ni adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi kucing atau anjing. Hanya perlu bagi sebiji sahaja setiap hari dan ia dapat melindungi kucing terutama dari serangan bakteria atau virus. Ia juga sangat sesuai diberi pada kucing yang alami flu atau demam :)

Yang sebelah kanan tu Kitzyme Healthy Cat. Kami prefer guna Kitzyme Healthy Cat berbanding Kitzyme Conditioning Tablet sebab lebih berbaloi rasanya. Cuma perlu beri setengah biji sahaja untuk kitten dan 1 biji untuk adult. Plus, ada extra input kat Kitzyme Healthy Cat iaitu Zinc dan Cranberry. Zinc untuk support immune sistem dan maintain beautiful coat dan cranberry untuk maintain urinary tract..yang pasti Kitzyme ni satu supplement product yang mengandungi B-Complex vitamin yang bagus untuk maintain appetite dan kesihatan kucing dan kebanyakan kucing sangat menyukainya kerana ianya tasty..hee, Nia n Bumbum sgt suke :)




Yang dalam tong besar ni vitamin jugak, dalam bentuk syrup. Namanya Fort Dodge V.A.L syrup. Ia lebih kurang sama dengan Kitzyme, merupakan B-Complex vitamin yang sangat bagus untuk tumbesaran dan kesihatan kucing, memelihara selera makan dan juga membantu kucing mengatasi stress. Anabelle sangat suka V.A.L syrup ni :)







Nutri-Coat and Troy Laxapet Gel. Nutri-Coat fungsinya untuk support beautiful coat dan mengurangkan shedding. Ia memang berkesan dan sangat jelas hasilnya terutama pada kucing yang kehilangan bulu akibat daripada serangan fungus. Nutri-Coat mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang memang sangat baik dalam membantu pertumbuhan bulu yang sihat dan lebat :)

Troy Laxapet Gel pulak merupakan produk khas yang digunakan untuk menangani hairball pada kucing. Cuma calit pada lelangit kucing dan baunya sangat lazat :)






Tear Stain Remover : Kami guna produk Vitacoat. Memang berkesan dalam menghilangkan kekotoran dan kekuningan pada sekitar mata kucing terutama pada kucing persian.

Ear Cleanser : Kami guna Topigen, untuk membersihkan kekotoran (remove wax) pada telinga kucing. Ia juga merupakan produk antifungal dan boleh digunakan untuk merawat kulit kucing yang diserang fungus.

Troy Ear Canker Drop : Yang ni kami gunakan bila kucing ada jangkitan kutu telinga (earmites). Cuma titiskan beberapa titik dalam telinga kucing. Tapi pastikan sekitar dalam telinga kucing dibersihkan terlebih dahulu :)





Haa..yang ni pulak produk yang baru kami guna, Biopirox fungsinya ialah untuk menangani jangkitan fungus pada skin kucing. Cuma spray pada area yang dijangkiti fungus dan kesannya dapat dilihat dalam masa 2-3 hari, so tak payah nak sapu dengan krim lagi. Pada sesapa yang malas nak mandikan kucing dengan Malaseb, guna ja spray ni, hehe..sekarang ni banyak produk mcm ni dalam merawat masalah fungus, bukan hanya Biopirox. Ini pun my vet yang syorkan,hehe...:)











Shampoo Kucing : Nak mandikan kucing pulak kami guna Aristopet Shampoo Citrus Plus. Shampoo ni mmg best..sangat jimat sebab ianya sgt pekat. Guna dah banyak kali dah tapi baru sikit je kurangnya, bau pun best. Dan yang penting ia dibuat daripada extract tumbuhan, environmental frenly dan soap free. Sangat sesuai digunakan untuk kitten dan adult cat, ia juga produk anti bacteria..:)











Fleas Control : Dalam memastikan kucing bebas daripada kutu, we all gunakan Frontline Combo Spot-On. Ianya sangat mudah digunakan dan sangat berkesan kerana ia membunuh kutu hidup dan juga telur-telurnya sekali :)

Wednesday, October 20, 2010

Pembuli !!

 

Hm...Bumbum ni mmg...masa si kecik ni dok dlm cage bkn main lagi nk amek perhatian si kecik ni..tp bile dh lepas dia nak hissing pulak, nak buli la tu, maybe nak berlagak macho agaknye..ko ni macam-macam la bumbum..harapkan pagar, pagar makan padi...

Tuesday, October 19, 2010

Bumbum terlebih syok 2,3 hari ni ;p

Sejak ada Belly ni (Anabelle), Bumbum tetibe je tambah bersemangat, active terlampau pulak, di kala kucing2 lain dok lepak, x banyak bermain sbb cuaca yang agak panas sekarang ni, Bumbum pulak seperti jaguh kampung yang baru telan pil kuda..terkejar-kejar, melompat-lompat, gelecek bola macam Ronaldo...lucu  pulak tgk budak ni..mungkin sebab terlalu excited sebab ada kawan baru, atau mungkin sekadar nak menunjuk-nunjuk kehebatan yang ada..entah la, hanya dia yang tau....haha..xpe lah, asalkan kau bahagia Bumbum, jgn ko terlari-lari sampai tersepak untie Lula sudah...nanti untie Lula tinju laju-laju ;p

New family member !! :)


Ni lah family member kami yang baru, introducing Anabelle Pandalana. Lahir pada Julai lepas, now baru 3 bulan, dia ni di import khas dari Johor. Budak ni sgt baik, x suke wat bising mcm si Bumbum, tp budak ni ble main x igt dunia, aktif betol..haha, kami masih lagi dlm proses mengenali dia dengan lebih dekat, so xdapat nak gambarkan perangai dia secara detail, tapi yang pasti dia sgt manja, playful dan kuat makan jugak,hehe :)

Anabelle Pandalana

Thursday, October 14, 2010

Bumbum the Notorious ;p

Haroll 'Bumbum' Be Humble

Inilah dia budak paling nakal kat rumah skarang ni, nakal and comot umpama satu pakej yang perlu ada pada Bumbum. Kami adopt dia pada bulan Julai lepas, baru 3 bulan macam dah 3 tahun rasenye jaga budak ni. Maklumlah, hari-hari kene melayan bdk ni yang perangai bermacam-macam dan nakal. Suka mengacau manusia sedang tido, melompat menyeberangi untie Lulla and uncle Bee sedang tdo merupakan kewajipan bagi Bumbum, kadang kala membuatkan untie Lulla naik darah kerana terkejut, ingatkan ada serial killer..


Bumbum merupakan kucing Persian pertama kami. Mula-mula kurang minat dengan flat-face ni, tau-tau je la mukanya yg penyek macam kene langgar dinding, hidung yang tinggi ramai mengatakan persian ni huduh, macam Yoda dalam Star Wars pun ade jgk aku tengok..tapi bile dah berulang kali tengok persian ni mula pulak rasa minat. Actually comel jugak persian ni terutama dari segi gaya, sikap and sifatnya, sgt cute...pertama kali nampak si Bumbum ni dah terpikat kerana matanya yang bulat, pantas bertindakbalas, badan yang solid dan bersemangat waja..so, tanpa membuang masa terus je booking si Bumbum, dan mengambilnya pada minggu kemudiannya.. Tq so much to Dr. Rahim dari Tiavara Cattery sbb introduce kan kami dengan budak ni. Bumbum sangat special  kerana mempunyai perangai yang pelik-pelik dan sgt mencuit hati.                                                                     


Full name : Tiavara Haroll 'Bumbum' Be Humble
D.O.B : 20.3.2010
Sire : Harwood Master Domino
Dam : Tiavara Calypso

Bumbum mempunyai besfren or boleh jugak kate girlfren la, namenye Nia. Dorang ni slalu bermain bersama, bergurau senda, sayang menyayangi, bermanja-manjaan dan if dorg x bersua muka walau sehari umpama dunia akan berakhir..hm..meh tengok gambar dorg bersama-sama :)
Love u bebeh.. (sambil pegang tgn)
nak dating bontot busuk x feel jgk, kena cuci dulu..
mari la syg...

Wednesday, October 13, 2010

Nia si Hyperactive!!

Nia  
Pencarian kucing 3 warna bermula pada bulan April lepas..or lebih dikenali sebagai Calico. Calico ni sangat popular pada penggemar kucing, begitu juga kami. So, dengan laju-lajunya kami cari la di internet terutamanya di mudah.my, adpost dan petfinder. Maybe hari tu merupakan hari bertuah buat kami, maka terjumpalah satu advertisement kitten DLH calico, and lebih bertuah lagi ownernya merupakan rakan network kitorg di Petfinder. Haha..so contact ownernya laju-laju untuk set appointment to view kitten tersebut. Next day nya bergegas lah ke lokasi owner tersebut di Taman Melati. Fuuhhh...sampai jek depan pintu rumah, kitorang disambut oleh penyambut tetamu berbulu lebat warna hitam,hahahaha...kucing rupenya..suasana rumah yang penuh riang!!! banyak betol kucing tuan rumah ni, xleh tahan overall Persian purebreed pulak tu,hehe..confirm bepuluh ribu dikeluarkan, jeles je tgk,hee ;p.. Dalam pada tu jugak ternampak Calico yg diiklankan tadi dok bermain-main dengan rakan kitten yang lain..on dat time jugak hati berkata ' bole tahan active jgk budak ni '..color pattern pun menarik, tapi kami x wat keputusan terburu-buru sbb xnak jadi mcm peristiwa lepas..so balik dulu lah fikir mcmana..pikir punya pikir, aaahhhh..pikir ape lagi, terus sapu jer lah..on that night jugak pegi amek kitten tu, haha, padahal baru tghari td je g tgk, jauh tu...dari Puchong ke Tmn Melati Gombak, haha...minat punya pasal jauh tu x kire dah..so..dengan rasminya Nia merupakan our first Calico kitten kami :)


Nia ni sekor kucing yang hyperactive, tak reti dok diam, nak wat onar je dia...ada sekali tu dia panjat balkoni rumah, dahla tingkat 13, nasib baik dia tak terjun..and nasib baik jugak balkoni tu kitorang dah net kan.. dan yang menariknya Nia dah mula onheat pada umur 4 bulan, hmm.. jarang ada kucing yg mula nk mengawan pada umur mcm tu..kucing betina normalnya umur 8 bulan dan ke atas baru onheat, tapi kitorang x bagi mating lagi sbb dia terlalu muda untuk pregnant, actually now pun x bagi lagi walaupun dh 10 bulan. Bagi kucing domestik biasanya umur 9bulan dah boleh mengawan, but better matingkan bile dia dh mula tunjuk maturity..biasanya setahun. Nia masa kitorang adopt pada umur 3 bulan jauh berbeza dengan Nia 10 bulan sekarang. Now, dia tak hyperactive mcm dulu, lebih sopan santun and lebih manja, maybe dah nak dewasa kot,hehe..lagi pun dia dh ada besfren, Bumbum namenye, lepas ni story Bumbum pulak. Walau ape pun we all love Nia!!! Tq so much to Marmoreal Cattery, walaupun dulu nia ni suke wat org marah tapi in the end she's very sweet :)
Nia at younger age

Lulu Bell will be miss :(

Lulu Bell





The cutest we ever had!! tapi sayang...umurnya tak panjang..:(..Back to February 2010, kami adopt dia from owner dari Selayang..masih igt lagi we all drive from Puchong ke Selayang dlm pukul 9 malam waktu hujan renyai-renyai..x sabar punye pasal, gagah jugak la..agak susah jgk nak cari rumah owner, berbelit jugak ler..hehe..sampai-sampai je depan rumah trus ternampak sekor anak kucing ni lompat-lompat menaiki tangga, sooo cute...dat one is the kitty we want to adopt, mulanye nampak kat iklan memang comel, tapi tgk in realiti, lagi la comel, haha..tanpa buang masa, sembang-sembang jap dengan owner terus je setuju dengan wang hantaran yang disediakan..padahal sebenarnya owner dah story life Lulu masa lahir..dia lambat dapat susu dari ibunya sbb pada mulanya ibunya wat x kesah jer, bile dah boleh makan solid food, ownernye pulak bagi makanan yang kurang khasiatnya (kasi whiskas jek)..patutnya bagi la premium kitten food..so hasilnya, si Lulu ni punya bulu yang sgt gebu dan panjang tapi sebenarnya dia sgt kurus, leh rasa tulang tajam-tajam kat belakangnya, dengan vaksin pun blom lg..tapi..cute punya pasal, redah kan jer..adopt la jugak..



Lulu suka lepak atas bahu
Masa dalam perjalanan pulang tu boleh pulak dia berak dalam carrier box tu, bau ikan tuna whiskas,hahaha..tapi xpe la, sampai rumah nanti cuci. For a few weeks dia nampak ok jer main tapi kami dapat kesan Lulu ni agak lemah, so bawak ke klinik for checkup doktor kata xda apa2 ni..check body temperature sume xda masalah, so as a result kami igt better vaksin kan dia..a week after vaksin, problem mula datang..Lulu jadi makin lemah and lastly paralyzed..sedih,kecewa sume ada..malam dia paralyzed tu subuh esoknya dia meninggalkan kami forever...what a very sad day..kami tanamkan dia kat padang sebelah rumah, masa tanam tu, aduhai...xtau la nak kata, menangis x sangka...but we know..dia pergi ke tempat yang indah dan aman..and maybe ni dugaan yang perlu kite tanggung dalam menjaga haiwan peliharaan ni, someday mereka akan pergi jgk, sampai masanya nanti kita perlu bersedia untuk berpisah dengan mereka. But for sure, they all go to heaven :)..Rest in Peace Lulu, we always miss u, we will meet again someday!!!