Saturday, October 23, 2010

Products That I Use For My Furries..

Makanan Kucing : Inilah produk makanan kucing yang kami gunakan sekarang, Royal Canin. So far ada 4 jenis RC yang kami gunakan, RC kitten Persian 32, RC Persian 30, RC Hair & Skin 33 dan RC Babycat 34.

Sebelum menggunakan RC ni, kami dh byk mencuba produk lain seperti IAMS, Sportsman Pride, Blackwood dan Nutriedge. But tiada yang dapat menandingi RC terutama dari segi kualiti dan selera kucing. All my cats sangat suka dengan RC, pernah sekali untuk berbalik kepada Nutriedge atau Blackwood disebabkan harga RC yang mendadak naik, but consider balik to stick wif RC coz my cats sangat suka dan berselera dan hasilnya sangat memuaskan, haha..mcm nak promote la pulak..but, yess..sangat berbaloi dan satisfaction guaranteed,hehe...:p

Pasir Kucing : Yang kat hujung sebelah kanan tu pasir kucing yang we all guna, brand Fussie Cat Apple Delight, murah je, for premium litter sand la, kat Galaxie Pets RM20 satu beg for 10L :)


Supplement : Yang sebelah kiri tu Vetri-DMG iaitu Dimetylglycine. Fungsi utama DMG ni adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi kucing atau anjing. Hanya perlu bagi sebiji sahaja setiap hari dan ia dapat melindungi kucing terutama dari serangan bakteria atau virus. Ia juga sangat sesuai diberi pada kucing yang alami flu atau demam :)

Yang sebelah kanan tu Kitzyme Healthy Cat. Kami prefer guna Kitzyme Healthy Cat berbanding Kitzyme Conditioning Tablet sebab lebih berbaloi rasanya. Cuma perlu beri setengah biji sahaja untuk kitten dan 1 biji untuk adult. Plus, ada extra input kat Kitzyme Healthy Cat iaitu Zinc dan Cranberry. Zinc untuk support immune sistem dan maintain beautiful coat dan cranberry untuk maintain urinary tract..yang pasti Kitzyme ni satu supplement product yang mengandungi B-Complex vitamin yang bagus untuk maintain appetite dan kesihatan kucing dan kebanyakan kucing sangat menyukainya kerana ianya tasty..hee, Nia n Bumbum sgt suke :)




Yang dalam tong besar ni vitamin jugak, dalam bentuk syrup. Namanya Fort Dodge V.A.L syrup. Ia lebih kurang sama dengan Kitzyme, merupakan B-Complex vitamin yang sangat bagus untuk tumbesaran dan kesihatan kucing, memelihara selera makan dan juga membantu kucing mengatasi stress. Anabelle sangat suka V.A.L syrup ni :)







Nutri-Coat and Troy Laxapet Gel. Nutri-Coat fungsinya untuk support beautiful coat dan mengurangkan shedding. Ia memang berkesan dan sangat jelas hasilnya terutama pada kucing yang kehilangan bulu akibat daripada serangan fungus. Nutri-Coat mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang memang sangat baik dalam membantu pertumbuhan bulu yang sihat dan lebat :)

Troy Laxapet Gel pulak merupakan produk khas yang digunakan untuk menangani hairball pada kucing. Cuma calit pada lelangit kucing dan baunya sangat lazat :)






Tear Stain Remover : Kami guna produk Vitacoat. Memang berkesan dalam menghilangkan kekotoran dan kekuningan pada sekitar mata kucing terutama pada kucing persian.

Ear Cleanser : Kami guna Topigen, untuk membersihkan kekotoran (remove wax) pada telinga kucing. Ia juga merupakan produk antifungal dan boleh digunakan untuk merawat kulit kucing yang diserang fungus.

Troy Ear Canker Drop : Yang ni kami gunakan bila kucing ada jangkitan kutu telinga (earmites). Cuma titiskan beberapa titik dalam telinga kucing. Tapi pastikan sekitar dalam telinga kucing dibersihkan terlebih dahulu :)





Haa..yang ni pulak produk yang baru kami guna, Biopirox fungsinya ialah untuk menangani jangkitan fungus pada skin kucing. Cuma spray pada area yang dijangkiti fungus dan kesannya dapat dilihat dalam masa 2-3 hari, so tak payah nak sapu dengan krim lagi. Pada sesapa yang malas nak mandikan kucing dengan Malaseb, guna ja spray ni, hehe..sekarang ni banyak produk mcm ni dalam merawat masalah fungus, bukan hanya Biopirox. Ini pun my vet yang syorkan,hehe...:)











Shampoo Kucing : Nak mandikan kucing pulak kami guna Aristopet Shampoo Citrus Plus. Shampoo ni mmg best..sangat jimat sebab ianya sgt pekat. Guna dah banyak kali dah tapi baru sikit je kurangnya, bau pun best. Dan yang penting ia dibuat daripada extract tumbuhan, environmental frenly dan soap free. Sangat sesuai digunakan untuk kitten dan adult cat, ia juga produk anti bacteria..:)











Fleas Control : Dalam memastikan kucing bebas daripada kutu, we all gunakan Frontline Combo Spot-On. Ianya sangat mudah digunakan dan sangat berkesan kerana ia membunuh kutu hidup dan juga telur-telurnya sekali :)

7 comments:

  1. nak tanya,tau x ape product utk kucing kecacingan yang die boleh makan sendiri

    ReplyDelete
  2. syera: hm..yang tu xtau pulak saya, slalu kasi yang biasa tu je,kalu yang jenis sedap2 kucing mkn sndri tu xtau la..

    ReplyDelete
  3. as salam...nk tanya...frontline combo tu kat mna jual yer? berapa harganya? sebab yg spray mahal skit dr ini kot.. kesian ank bulus sy...tgaru2... boleh tolg bgthu? thx.

    ReplyDelete
  4. LullaBee : u punya email address apa eh ? u tak buat fanpage utk anak anak u ni ? :)

    ReplyDelete
  5. Boleh tak senaraikan harga2 suplement yg dinyatakn ? And dkt mane boleh beli ?

    ReplyDelete